
Russia memberi jaminan memudahkan proses keamanan dan mengembalikan keadaan yang stabil di Afghanistan.
Duta Pakistan di Kabul Mansoor Akhmad Khan berkata, Russia adalah negara penting dan menjadi sebahagian daripada proses keamanan sejak beberapa tahun lalu.
“Buat masa ini, kami sedang mengadakan proses rundingan secara rapat dengan Russia, China dan Amerika Syarikat (AS) mencari pendekatan ke arah keamanan dan kestabilan dalam jangka masa panjang di Afghanistan,” katanya.
Mansoor menegaskan, Russia dan Pakistan mempunyai matlamat yang sama di negara Taliban bagi memerangi keganasan global.
Terbaharu, Mansoor memaklumkan Russia turut dijemput untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Lahore, Pakistan, 19 Disember ini.
“Saya fikir sudah tiba masanya kita melebarkan kuasa menggunakan pendekatan antarabangsa terhadap Afghanistan dengan penyertaan kuasa-kuasa dunia seperti Russia, China, AS dan Perancis,” katanya.
Forum berkenaan akan memberi tumpuan berkaitan krisis kemanusiaan di Afghanistan dan bagaimana mengatasinya.
Turut diberikan tumpuan adalah berkaitan pembekuan aset Afghanistan di bank-bank asing serta penubuhan kerajaan Inklusif oleh kerajaan sementara Taliban.
– Agensi