
Turki membangunkan dron pemusnah bom yang dilengkapi laser yang boleh menembusi besi keluli karbon.
Dron berkenaan akan digunakan pasukan tentera selepas semua ujian selesai dilaksanakan.
Dron yang dinamakan Eren itu direka bagi memusnahkan bom-bom dan amunisi dari jarak ketinggian sekitar 3,000 meter dari ruang udara, lapor Anadolu News.
Sementara itu, pegawai polis kanan, Aykut Eroglu memklumkan, dron berkenaan juga mampu ‘neutral’ bahan letupan tanpa kawalan.
Aykut berkata, ketika operasi percubaan dilakukan, Dron Eren berjaya menembusi lubang pada plat keluli sepanjang tiga millimeter dari jarak 500 meter dalam tempoh 90 saat.
Malah, beliau turut memaklumkan drone berkenaan boleh melakukan perkara sama ketika berlegar 100 meter dari kawasan sasaran.
Drone yang dibangunkan TUBIKTAK, agensi teknologi pertahanan negara dengan kerjasama syarikat Asisguard.
Dron terbaharu akan dipamerkan di ekspo di Konya dan akan digunakan secara rasmi oleh pasukan pertahanan negara apabila selepas kesemuanya selesai menjalani operasi percubaan.
– Agensi