Kadar inflasi tahunan Turki mencecah hampir 80 peratus pada bulan Jun. Ini adalah paras inflasi tertinggi dalam kira-kira dua dekad.
Harga pengguna meningkat sebanyak 78.6 peratus bulan lepas berbanding Jun 2021, didorong oleh kos makanan dan minuman serta pengangkutan yang melambung tinggi.
Menurut data dari Institut Statistik Turki yang dipetik oleh CNN Business, harga makanan meningkat hampir dua kali ganda dalam setahun, manakala kos pengangkutan meningkat 123 peratus.
Ia merupakan satu lagi pencapaian suram bagi negara yang mengalami inflasi yang berleluasa dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan mata wangnya telah kehilangan lebih 20 peratus nilainya berbanding dolar AS sejak awal tahun ini.
Ekonomi Turki telah dilanda gelombang inflasi global yang sama seperti negara lain, tetapi dasar ekonomi tidak konvensional Presiden Recep Tayyip Erdogan telah memburukkan lagi krisis. Dasar itu menjadikan nilai lira menjunam, sekali gus menjadikan import lebih mahal.
Pada bulan September, Erdogan mengetepikan buku peraturan dan memberitahu bank pusat Turki untuk mula memotong kadar faedah apabila harga meningkat, bukannya menaikkannya.