Pasukan keselamatan Iraq berjaya menemui bom yang akan diletupkan oleh kumpulan pengganas Daesh di sebuah pasar di bandar selatan Mosul.
Pusat Maklumat Keselamatan Iraq, yang berada di bawah Kementerian Pertahanan negara itu, mengumumkan pada hari Isnin (31/5/2021) bahawa pihaknya telah berjaya menggagalkan cubaan pengganas di kota selatan Mosul.
Menurut Pusat Maklumat Keselamatan Iraq, berdasarkan maklumat perisikan mengenai kehadiran sebuah motosikal yang penuh dengan bom di salah satu pasar di kawasan Al Qaraj, kota Mosul, pegawai perisik tentera Iraq segera pergi ke lokasi, mengosongkan tempat itu dan memusnahkan motosikal.
Pasukan keselamatan Iraq juga menahan empat pengganas Daesh termasuk seorang wanita di wilayah Baghdad, Kirkuk dan Nineveh.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kegiatan Daesh, terutama di daerah yang dikenal sebagai “segitiga kematian”, iaitu wilayah antara Provinsi Kirkuk, Salahuddin dan Diyala, telah meningkat.