GAZA: Selepas gencatan senjata diumumkan antara Israel dan Hamas bulan lalu, penduduk Palestin terpaksa menyaksikan seorang demi seorang ahli keluarga mereka meninggal dunia mahupun ditahan polis Israel.
Terkini, seorang tahanan rakyat palestin, Yasser Hattab dihukum penjara seumur hidup di Penjara Israel.
Sedangkan, sebelum ini dia dikenakan hukuman penjara selama 40 tahun.
Hukuman itu diubah selepas pihak berkuasa Israel tidak berpuas hati dengan tempoh pemenjaraan yang ditetapkan.
Dalam masa sama, seorang pemuda Palestin, Yahya al-Ijla disahkan maut selepas bertarung nyawa akibat mengalami kecederaan parah semasa serangan udara Zionis Israel ke Semenanjung Gaza.
– Utusan