Penceroboh Yahudi pada hari Isnin menyerbu halaman masjid suci al-Aqsa di bawah perlindungan polis Israel.
Jabatan Wakaf Islam di bahagian Baitulmuqaddis yang diduduki melaporkan 80 orang penceroboh menyerbu ke dalam masjid al-Aqsa melalui Pintu Magharabi di dalam kumpulan dan melakukan lawatan yang provokatif.
Saksi berkata kumpulan penceroboh itu mendapat penerangan berkenaan tempat sembahyang mereka.
– Palestinkini