Rejim Zionis telah menyerbu beberapa kawasan di Tebing Barat pada malam Ahad dan subuh Isnin dan mencetuskan konfrontasi. Beberapa warga Palestin ditangkap, termasuk tahanan yang telah dibebaskan.
Di Jenin, sumber setempat melaporkan bahawa Rejim Zionis menyerang bandar Jabaa dan berlaku pertempuran antara pemuda Palestin dan rejim itu. Pemuda Palestin melemparkan batu ke kenderaan Rejim Zionis.
Rejim berkenaan juga telah menahan Issam Alawneh dan Malik Hammour setelah menyerbu dan menggeledah rumah mereka.
– Palestinkini