Situasi wabak Covid-19 negara terus merosot di tengah-tengah krisis politik selepas Umno mengancam keruntuhan kerajaan Perikatan Nasional, apabila menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur secara terhormat.
Sebanyak 8,868 kes baru Covid-19 direkodkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 808,658 kes, maklum KKM.
Kes baru hari ini rekod jangkitan kedua tertinggi sejak 29Mei lalu yang mencatatkan rekod 9,020 kes harian.
Selangor melaporkan 4,152 jangkitan baru, kali pertama negeri ini merekodkan jangkitan melepasi angka 4,000 kes.
Kes harian tertinggi di Selangor sebelum ini pada 30 Januari lalu dengan 3,285 kes.
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
- Selangor – 4,152 (272,993)
- WPKL – 1,133 (85,042)
- Johor – 336 (73,722)
- Sabah – 279 (71,468)
- Sarawak – 281 (67,841)
- Negeri Sembilan – 897 (50,314)
- Pulau Pinang – 237 (36,054)
- Kelantan – 135 (35,751)
- Perak – 543 (28,517)
- Kedah – 360 (27,421)
- Melaka – 183 (20,540)
- Pahang – 152 (15,387)
- Terengganu – 68 (11,589)
- WP Labuan – 64 (8,922)
- WP Putrajaya – 47 (2,495)
- Perlis – 1 (602)
– Malaysiakini