Wanita Britain, Jemma Mitchell, 36 yang didakwa atas tuduhan membunuh seorang wanita kelahiran Malaysia ditemui meninggal dunia kira-kira 200 batu dari Devon, England.
BBC sebelum ini melaporkan Mitchell dari Brondesbury Park, Brent dihadapkan di Mahkamah Majistret Willesden pada Sabtu dan mahkamah jenayah pada Selasa atas tuduhan membunuh wanita kelahiran Malaysia, Chong Mee Kuen.
Mayat Chong ditemui di kawasan hutan di Salcombe setelah dia dilaporkan hilang pada 11 Jun lalu.
Bedah siasat belum dapat mengenal pasti punca kematiannya, kata polis.
Chong yang berusia 67 tahun, juga dikenali sebagai Deborah dan berasal dari Malaysia, tinggal di Wembley selama lebih 30 tahun.
Kematiannya pada mulanya dianggap ‘tidak dapat dijelaskan’ oleh polis Devon dan Cornwall. Namun, ada 6 Julai, siasatan lanjut oleh polis Devon dan Cornwall di selatan Devon dan London menyebabkan siasatan pembunuhan dimulakan oleh pihak berkuasa.
Pencarian polis dijangka berterusan dalam beberapa hari mendatang. Difahamkan, keluarga Chong telah dimaklumkan mengenai perkara itu.
– Malaysiakini