Bapa kepada pendakwah bebas Ebit Lew telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Ebit berkata dia dalam perjalanan ke Hospital Gleanagles di Kuala Lumpur untuk mmebawa jenazah ayahnya dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang dan kemudian dibawa terus ke Muadzam Shah, Pahang.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia.
“Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai ya,” tulisnya.
Pada 6 Julai lalu, Ebit menerusi hantaran Facebook memaklumkan bahawa bapanya sedang menghidap kanser perut tahap akhir dan sedang “meniti hari.”
https://www.facebook.com/465806410116276/posts/4396864177010460/
“Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali dan sekejap tapi (dengan) full PPE dan ujian Covid negatif. Terima kasih KKM,” katanya sebelum ini.
– Malaysiakini