Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini meninjau keadaan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang yang mengalami bebanan teruk dalam operasinya.
Semasa lawatan ke Jabatan Trauma dan Kecemasan, serta Jabatan Forensik HTAR itu, Muhyiddin menjelaskan bantuan akan segera untuk melancarkan operasi hospital itu.
“Saya juga telah mengarahkan penambahan segera 151 katil di Kompleks Rawatan Ibu dan Anak (KRIBA) serta tambahan 15 ventilator bagi kegunaan HTAR.
“Saya juga mengarahkan agar aspek kesihatan mental dalam kalangan anggota dan rakyat sentiasa diberikan perhatian secara serius bagi memastikan kebajikan dan moral kakitangan terus dijaga,” katanya, lapor Astro Awani.
– Malaysiakini