Pemuda Palestin berjaya menembak jatuh drone tentera rejim Israel di sebelah barat Ramallah pada hari Sabtu pagi (11/09) semalam.
Menurut laporan Palestin al-Youm yang dikutip oleh MNA, drone Israel itu jatuh di perkampungan Nabi Salih, sebelah barat Ramallah.
Pasukan tentera Zionis kemudian menyerang perkampungan Nabi Salih setelah drone ditembak jatuh.
Rejim Zionis telah menggunakan semua kemudahannya, dari drone hingga sejumlah besar tentera dan pasukan keselamatannya untuk menangkap enam tahanan yang melarikan diri dari penjara Gilboa.
Pada hari Jumaat, rejim Israel mengaku telah menangkap dua orang yang melarikan diri.
Beberapa jam yang lalu, media Zionis juga mendakwa penangkapan dua daripada enam tahanan Palestin yang melarikan diri dari penjara keselamatan tinggi minggu lalu.
Tahanan, yang terdiri daripada lima orang yang dipercayai anggota Gerakan Jihad Islam di Palestin dan seorang yang tergolong dalam gerakan Fath (Gerakan Pembebasan Nasional Palestin) berjaya melarikan diri dari penjara keselamatan tinggi Israel.
– Arrahmahnews