Kelonggaran yang diberikan kerajaan bagi negeri-negeri mengikut fasa membolehkan rakyat Malaysia mengambil peluang membawa keluarga meluangkan masa bersama dan beriadah.
Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia dinasihati untuk tidak alpa bahawa wabak Covid-19 masih berleluasa sehingga kini.
Bagi graduan institut pengajian tinggi awam (IPTA), Alyaa Najihah Azahar, 24, berkata, dia masih melihat ada segelintir individu yang melanggar peraturan dengan tidak memeriksa suhu badan apabila memasuk premis-premis perniagaan.
– Harian Metro