JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memulakan lawatan kerja ke negeri ini dengan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, di Istana Pasir Pelangi, pagi tadi.
Ini merupakan kali pertama beliau turun ke Johor sebagai Perdana Menteri selepas dilantik pada 21 Ogos lalu.
Perdana Menteri tiba di istana berkenaan pada jam 11.44 pagi dengan diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.
Beliau yang turut diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama baginda, meluangkan masa kira-kira sejam pada kunjungan rasmi pertama itu.
Selepas pertemuan itu, Ismail Sabri mendengar taklimat mengenai pembangunan negeri oleh Kerajaan Johor, secara tertutup di sebuah hotel, di sini.
Beliau juga dijadualkan bertemu pemimpin masyarakat pada satu majlis tertutup di hotel sama selepas itu.
– BHarian