Amerika Syarikat (AS) mendesak Turki tidak lagi membeli sistem pertahanan udara S-400 Russia, sekali gus memberi amaran risiko lain sekiranya pembelian tetap berlaku, kata Timbalan Setiausaha Negara, Wendy Sherman kepada wartawan.
“Kami mendesak Turki di setiap peringkat dan kesempatan untuk tidak mempertahankan sistem S-400.
“AS juga menyekat mereka daripada menambah pembelian peralatan ketenteraan dari Russia,” balas Sherman ketika ditanya mengenai kunjungan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan ke Russia.
“Kami menjelaskan kepada Turki apa akibatnya jika mereka tetap membuat pembelian,” katanya.
Minggu lalu, Erdogan bertemu dengan rakan sejawatnya Russia, Vladimir Putin dan membincangkan kerjasama ketenteraan yang lebih besar, termasuk pesawat perang dan kapal selam yang berpotensi.
Sementara itu, Sherman menegaskan bahawa AS menghargai hubungannya dengan Turki, dengan menyebut mengenai sambutan kedatangan jutaan pelarian Syria dan tawaran untuk membantu memulihkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul.
“Kadangkala Turki menjadi cabaran kami. Saya yakin mereka kadang-kadang menganggap Amerika Syarikat sebagai cabaran. Tetapi mereka adalah sekutu NATO yang dihargai,” kata Sherman.
– Ismaweb