Empat orang terkorban selepas pesawat ambulans Abu Dhabi yang dipandu polis emirat terhempas pada hari Sabtu.
Polis Abu Dhabi memaklumkan, mangsa adalah juruterbang, Khamis Saeed al-Houli, dan Muhammed al-Rashidi, doktor Shahid Farouk Gholam, dan jururawat Joel Qiui Sakara Minto.
Ibu Pejabat Besar Polis Abu Dhabi mengucapkan takziah atas kematian empat anggota pasukan perubatannya yang terkorban dalam nahas pesawat ambulans ketika bertugas, semalam.
“Empat orang terbunuh dalam nahas pesawat ambulans.
“Komando polis mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga, kenalan dan rakan sekerja mereka,” kata pasukan itu.
Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan perincian lokasi dan punca kemalangan itu berlaku.
– Ismaweb