Ibu kota Sanaa memperindah dirinya dengan lampu hijau berkilau, sebagai bentuk kegembiraan dalam menyambut perayaan Hari Keputeraan Nabi Muhammad.
Orang Yaman mempunyai cara tersendiri untuk menyambut ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad. Mereka menghiasi kenderaan, rumah dan jalan-jalan menjelang perayaan Maulid.
Persiapan besar-besaran sedang berlangsung, dan hampir semua jalan di ibu kota, Sana’a, dilanda lampu hijau.
Pada waktu malam, semua kemudahan dan bangunan kerajaan diterangi dengan lampu hijau. Mewujudkan suasana kerohanian, kesejukan dan ketenangan bagi pejalan kaki.
– Arrahmahnews