Kira-kira 2,000 pegawai polis di United Kingdom (UK) didakwa melakukan kesalahan seksual dalam tempoh empat tahun terakhir, dedah siasatan baharu.
Siasatan oleh akhbar harian The Times, mendapati bahawa salah laku seksual dan rasuah polis yang lain di UK seringkali disembunyikan.
Dua pertiga daripada mereka yang dituduh tidak menghadapi sebarang tindakan, menurut laporan itu.
Manakala lebih dari 50 peratus tuduhan gagal menghasilkan tindakan tatatertib, sementara 8 peratus ditolak.
Selama 30 hari terakhir, terdapat lebih daripada 40 laporan hasil salah laku yang diterbitkan, dengan hampir 50 peratus daripadanya tidak dikenali.
“Pihak berkuasa sering mengadakan perbicaraan untuk menyiasat kes secara tertutup, walaupun sepatutnya ia harus didengar di depan umum,” tulis The Times.
“Maklumat buruk mengenai hasil kes juga dihapus daripada laman web di mana orang ramai dapat melihatnya.”
Sebanyak satu perempat perbicaraan salah laku yang melibatkan kesalahan paling serius, termasuk penyelewengan seksual dan perkauman, ditutup kepada umum, menurut siasatan itu.
Sebelum ini, seorang pegawai polis Inggeris telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana merogol dan membunuh eksekutif pemasaran, Sarah Everard.
Awal tahun ini, satu laporan mendedahkan hampir 150 wanita telah tampil dengan dakwaan rogol, serangan seksual dan penderaan rumah tangga oleh bekas pasangan masing-masing yang merupakan anggota polis.
– Ismaweb