Sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam kejadian tanah runtuh dan banjir susulan hujan lebat di barat daya India.
Penduduk terpisah di beberapa bahagian wilayah di pesisir negara Kerala tatkala hujan – yang mula lebat pada Jumaat lepas – melimpahi sungai serta membanjiri jalan.
Setakat ini, 11 mayat ditemui di daerah Idukki dan 14 lagi di daerah Kottayam, kata pihak berkuasa kepada AFP selepas kawasan itu dilanda tanah runtuh dan banjir kilat.
Ribuan penduduk dipindahkan dan sekurang-kurangnya 100 kem bantuan telah didirikan, kata Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan semalam. Sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam kejadian tanah runtuh dan banjir susulan hujan lebat di barat daya India.
Anggota tentera membantu operasi bantuan dan menyelamat.
Pihak berkuasa tidak dapat menyatakan berapa ramai orang yang hilang.
Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan bas dan kereta tenggelam dalam banjir.
Di India utara, beberapa negeri termasuk wilayah Himalaya Uttarakhand dan Himachal Pradesh diramalkan akan mengalami ‘hujan lebat’ dalam tempoh dua hingga tiga hari, kata biro cuaca.
Pada 2018, hampir 500 orang maut di Kerala susulan dilanda banjir terburuk yang melanda negeri itu dalam tempoh hampir satu abad.
– Ismaweb