Anggota Biro Politik gerakan Houthi Ansarallah Yaman, Muhammad al-Bukhaiti memperbaharui seruannya untuk penyerahan secara aman kota Ma’rib.
Al-Bukhaiti dalam tweet menyatakan dengan tegas “Tidak adil, pemimpin IM menikmati wang minyak dan gas di vila Istanbul. Sedangkan penduduk Ma’rib dijadikan sebagai barisan pertahanan dan perisai manusia untuk menjaga kepentingan mereka.”
Dua hari lalu, Al-Bukhaiti menasihati parti Islah untuk menyerahkan Ma’rib “secara aman untuk mengelakkan pertumpahan darah”, dan memberi jaminan kepada mereka “penyertaan dalam proses politik.”
Parti Islah dan parti politik lain di bandar Marib sebelum ini turut melahirkan rasa terkejut yang mendalam terhadap prestasi buruk gabungan Arab Saudi dalam menguruskan peperangan. Pihak-pihak menyatakan dalam satu kenyataan bahawa “Presiden Hadi dan kerajaannya gagal dengan teruk dalam menguruskan pertempuran di Marib.”
Sumber lapangan juga mendedahkan pertemuan dua barisan angkatan tentera Yaman dari arah Sarwah dan barat daya Marib. Perkampungan Al-Khathla, Najd Al-Athlan dan masjid di selatan kota Marib telah diambil alih oleh tentera dan jawatankuasa rakyat secara aman tanpa konfrontasi, selepas perjanjian dengan puak tempatan.