Rejim Zionis pada pagi Isnin lalu telah menyerbu beberapa kawasan berbeza di Tebing Barat dan menculik sejumlah rakyat Palestin semasa kempen tersebut.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik dua belia lelaki dari bandar al-Mazra’a al-Gharbiya di utara Ramallah.Mereka dikenali sebagai Ahmed Ladadwa dan Abdul-Muti Ladadwa.
Di Bethlehem, rejim Zionis menculik dua belia lelaki dari rumah mereka yang dikenali sebagai Tamer Awwad dari kawasan Jabel al-Mawaleh dan Ibrahim Suman dari kawasan al-Fawaghra.
Sementara itu, rejim Zionis meningkatkan kehadirannya di beberapa kawasan berbeza di barat daya Jenin, tanpa sebarang tangkapan dilaporkan.
– Palestinkini