Rejim Zionis pada petang hari Isnin meratakan tanah pertanian milik warga Palestin dan memusnahkan beratus pokok zaitun di kawasan al-Ras di Salfit di tengah Tebing Barat.
Sumber tempatan mengesahkan bahawa jentolak Israel mencabut 250 pokok zaitun berusia di antara tujuh hingga sepuluh tahun, di kawasan al-Ras dengan alasan ia terletak di kawasan C Tebing Barat, di mana ia di bawah kawalan penuh pentadbiran dan ketenteraan Israel. Rejim Zionis juga memusnahkan kawasan tanah yang besar dan merobohkan beberapa tembok penahan di kawasan itu.