Kementerian Kesihatan melalui laman repositori data Github melaporkan sejumlah 63 kematian Covid-19 semalam (22 Nov), menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 30,063 korban.
Daripada jumlah kematian yang dilaporkan semalam, 20.6 peratus atau 13 orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.
Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi dengan 14 kes, membentuk 22.2 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.
Baki kematian dilaporkan di Johor (11), Sabah (9), Perak (7), Terengganu (7), Kedah (4), Kuala Lumpur (4), Kelantan (2), Sarawak (2), Malacca (1) , Negeri Sembilan (1) dan Pahang (1).
Tiada kematian baru dilaporkan di Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.
Sebanyak 55 daripada 63 kematian yang dilaporkan atau 87.3 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lepas.
Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.
Purata 57 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 48 kes, menunjukkan aliran menurun.
Sehingga kini, 1,250 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.
Sebanyak 2,704 kematian Covid-19 dilaporkan pada Oktober, 9,678 pada September, 7,642 pada Ogos dan 3,858 pada Julai.
Setakat semalam, terdapat 67,986 kes aktif Covid-19. Ini peningkatan sebanyak 3.1 peratus daripada 65,958 jangkitan aktif seminggu lalu.
Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 12.1 peratus daripada 77,307.
– Malaysiakini