Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 4,262 kes baru Covid-19 dikesan.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 terkini meningkat kepada 2,663,034.
Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam tujuh hari lalu, atau sejak 29 Nov.
Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lalu juga menurun sebanyak 5.2 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.
Untuk rekod KKM hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Daripada 4,298 kes baru dilaporkan semalam, pecahan mengikut negeri ialah seperti berikut:
- Selangor: 1,160
- Kelantan: 434
- Johor: 346
- Kedah: 324
- Sabah: 294
- Pahang: 278
- Pulau Pinang: 261
- Melaka: 259
- Perak (254)
- Terengganu: 228
- Kuala Lumpur: 221
- Negeri Sembilan: 107
- Sarawak: 71
- Putrajaya: 33
- Perlis: 17
- Labuan: 11
– Malaysiakini