Keputusan kerajaan Kuwait menghalang kemasukan kapal komersial yang membawa barangan ke dan dari negara Israel memasuki wilayah perairannya harus dipuji.
Duta Besar Palestin ke Kuwait, Rami Tahboub percaya itu antara tindakan sokongan terhadap rakyat Palestin dalam memperjuangkan hak mereka.
Beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Kuwait berikutan keputusan mengharamkan kemasukan kapal kargo rejim Zionis ke negara itu.
“Mewakili Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan seluruh rakyat Palestin, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Putera Mahkota, Amir Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dan Perdana Menteri, Sheikh Sabah Al-Khaled Al- Hamad Al-Sabah.
“Keputusan Kuwait merupakan satu lagi bukti perjuangan terhadap Palestin,” katanya.
Malah, Rami berkata, tindakan berkenaan memberikan sokongan motivasi kepada penduduk Palestin untuk meneruskan berjuangan terhadap negara Zionis.
Kuwait mengekalkan pendirian yang konsisten dalam menentang normalisasi dengan negara haram Israel.
Tahun lalu, selepas Perjanjian Abraham ditandatangani antara Israel dan negara Teluk, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, sebanyak 37 penggubal undang-undang Kuwait menggesa kerajaan mereka untuk mengecam tindakan itu.
– Agensi