Tahanan warga Palestin, Hisham Abu Hawash, 40, memasuki hari ke-111 mogok laparnya di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat berkenaan tahap kesihatannya.
Badan Abu Hawash kurus kering, kerap kehilangan kesedaran, kekurangan kalium yang teruk, sakit teruk di hati dan jantung, muntah berterusan, serta gagal tidur dan berjalan.
Beliau melakukan mogok lapar sebagai membantah penahanan pentadbirannya yang dilakukan tanpa perbicaraan atau pertuduhan.
– Palestinkini