Sekretariat Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) di wilayah Palestin yang diduduki melahirkan rasa terkejutnya dengan hukuman mati di luar kehakiman Mohamed Salima, 23 tahun oleh pasukan polis Israel di Jerusalem.
“Pembunuhan di luar kehakiman seperti ini adalah akibat daripada tindakan kerap menggunakan kekerasan oleh anggota keselamatan Israel yang bersenjata dan dilindungi terhadap rakyat Palestin, dan hampir keseluruhan tentera Israel tidak mempunyai akauntabiliti terhadap pembunuhan dan kecederaan yang dilakukan kepada penduduk Palestin,” kata OHCHR dalam satu kenyataan.
“Adakah terdapat akauntabiliti dalam kes ini?” OHCHR berkata sambil menambah bahawa mereka akan membuat susulan mengenai kejadian itu.
– Palestinkini