Australia bersetuju untuk membeli artileri K9 dari Korea Selatan dan meningkatkan hubungan antara industri pertahanan kedua-dua negara itu, sekali gus mengukuhkan perkongsian sekuriti komprehensif baharu di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat dengan China.
Negara-negara itu juga berikrar untuk meningkatkan galian kritikal dan perdagangan tenaga bersih dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Presiden Moon Jae-in dan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison di Canberra pada hari Isnin.
“Kami berkongsi pandangan tentang peranan demokrasi liberal dalam dunia hari ini dan khususnya di Indo-Pasifik.
“Kami memahami betapa pentingnya kedaulatan undang-undang, bagi organisasi pelbagai hala yang berdasarkan perintah dunia yang memihak kepada kebebasan, bahawa negara di rantau kita sendiri boleh mempunyai pilihan, pilihan dalam ekonomi mereka, pilihan untuk keamanan dan keselamatan mereka,” kata Morrison kepada pemberita selepas menandatangani empat pakatan itu.
Rundingan itu dibuat ketika Morrison mencari hubungan keselamatan yang lebih kukuh dengan demokrasi yang berfikiran sama dalam usaha untuk bertindak terhadap ketegasan semakin meningkat China di Indo-Pasifik.
Beijing berasa marah dengan pakatan Australia dengan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) yang diumumkan pada September untuk membantu membina armada kapal selam nuklear baharu.
Ia berkata, perkongsian baharu itu akan mencetuskan perlumbaan senjata di rantau ini.
– Agensi