Algeria akan menjadi tuan rumah persidangan untuk semua kumpulan Palestin tidak lama lagi, demikian menurut saluran media rasmi Algeria pada Isnin.
Pengumuman itu berikutan pertemuan di Algiers pada Isnin di antara presiden Palestin Mahmoud Abbas dan presiden Algeria Abdelmadjid Tebboune.
Tebboune mengumumkan dalam satu siding akhbar bersama Abbas bahawa negaranya akan membanyar sejumlah 100 juta dollar kepada pihak berkuasa Palestin dan menambah ia bertepatan dengan sokongan tidak berbelah bagi Algeria terhadap Palestin.
– Palestinkini