Pihak berkuasa Israel membebaskan Sheikh Raed Salah selepas 17 bulan memenjarakan ikon Palestin itu.
Ratusan rakyat Palestin berdiri di luar penjara Megiddo di utara Israel sambil mengibarkan sepanduk hijau bagi menyambut pembebasan Salah.
Ketua Pergerakan Islam cawangan utara di Israel itu ditahan pada Ogos 2017 dan didakwa atas tuduhan menghasut berhubung kritikannya terhadap pendirian mengenai pengesan logam di perkarangan Masjid al-Aqsa Baitulmaqdis.
Dia dijatuhkan hukuman penjara 28 bulan oleh mahkamah Israel.
Salah menjalani hukuman penjara 11 bulan – separuh daripadanya berada dalam kurungan bersendirian – sebelum beliau dipindahkan ke tahanan rumah.
Selepas dua tahun di bawah tahanan rumah, pada Ogos 2020, Salah memulakan hukuman penjara 17 bulan atas dakwaan menghasut.
Sejak 2015, Israel telah melarang Salah daripada melancong ke luar negara atas sebab yang kononnya berkaitan ‘keselamatan negara’.
Gerakan Islam di Israel, yang diasaskan Salah pada tahun 1971 telah diharamkan oleh pihak berkuasa Israel sejak 2015.
Jawatankuasa Tinggi Susulan untuk warga Arab di Israel berkata, Salah dipenjarakan secara tidak adil dan membayar harga untuk memelihara prinsip rakyat Palestin dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.
– Agensi