Mohamed Zaini Mazlan kekal sebagai hakim perbicaraan dalam kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah Mansor yang bernilai RM7 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pagi ini menolak permohonan isteri bekas perdana menteri, Najib Razak yang memohon supaya dia menarik diri daripada membicarakan kes jenayah terhadapnya.
Menerusi permohonan itu, Rosmah mendakwa hakim itu mungkin berat sebelah dan prejudis terhadapnya.
Zaini bukan sahaja akan membicarakan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya, yang masih belum bermula. tetapi juga perbicaraan rasuahnya yang sedang berterusan berkaitan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Menerusi permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 2 November lalu, Rosmah mendakwa terdapat risiko hakim bersikap prejudis dan berat sebelah kepadanya kerana Zaini membenarkan pihak pendakwaan mengemukakan pernyataan beramaran SPRM dalam kes rasuah berasingannya berkaitan projek hibrid solar.
Pernyatan beramaran SPRM itu berhubung kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai RM7,097,750.
Zaini bukan sahaja mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah, yang masih belum dibicarakan, tetapi juga perbicaraan kes rasuahnya yang berterusan dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Pada 21 Okt, semasa peringkat pembelaan perbicaraan rasuah projek solar Rosmah, hakim membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kredibilitinya dengan merujuk kepada pernyataan amaran yang diberikannya kepada SPRM semasa siasatan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya.
Terdahulu, pada 18 Feb tahun ini, Zaini mengarahkan Rosmah membela diri dalam kes rasuah projek solar itu.
– Malaysiakini