Rejim Zionis melancarkan kempen serbuan dan tangkapan berskala besar pada pagi hari Rabu di kawasan berasingan di Tebing Barat dan Jerusalem.
Di Bethlehem, bekas banduan Shurooq Muhammad Musa Al-Badan, 28, ditahan selepas tentera Israel menyerbu dengan ganas dan menggeledah rumah keluarganya di bandar Taqou.
Shurooq, ibu kepada dua anak, dibebaskan dari penjara Israel enam bulan lalu selepas menjalani hukuman selama lapan bulan dalam tahanan pentadbiran.
– Palestinkini