Kementerian kesihatan Palestin pada hari Selasa melaporkan sembilan kematian baharu yang dikaitkan dengan COVID-19 (coronavirus), 343 ujian positif baharu dan 224 pemulihan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.
Menurut laporan harian kementerian itu, tujuh daripada mangsa yang meninggal dunia akibat virus itu adalah dari Tebing Barat dan dua lagi dari Gaza.
Selain itu, 57 pesakit COVID-19 yang tenat sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 16 daripadanya telah diletakkan pada ventilator.
– Palestinkini