Tiga mayat, dipercayai korban banjir di Taman Sri Muda ditemukan awal pagi tadi.
Kesemua mayat lelaki itu ditemui orang awam dan bomba ketika kerja-kerja penyelamatan sedang dilakukan.
Dua ditemukan pada 1 pagi manakala seorang pada 5 pagi.
Ketua Polis Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib yang mengesahkan penemuan mayat itu berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.
– Bernama