Negara di seluruh Eropah sudah mengetatkan sekatan untuk menghalang penyebaran varian Omicron, didahului Belanda yang mengumumkan sekatan penuh diperketatkan.
Pemerintah Belanda mengeluarkan arahan menutup semua kedai, bar, restoran, gim, sukan luar, tempat kebudayaan dan sekolah sejak kelmarin sehingga pertengahan Januari.
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, berkata keadaan semasa amat membahayakan kepada semua orang.
“Saya khuatir keadaan akan bertambah buruk menjelang hujung tahun berikutan musim cuti sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru.
– BHarian