Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semalam bersetuju menubuhkan dana amanah kemanusiaan dan program keselamatan makanan bagi membantu rakyat Afghanistan.
Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi, berkata melalui bantuan itu, ia membolehkan sumber kewangan dan perbankan dibuka bagi Afghanistan bagi membantu rakyatnya yang menghadapi ancaman krisis kemanusiaan.
Katanya, ekonomi Afghanistan tidak boleh bergerak dan rakyat mereka tidak dapat dibantu tanpa sistem perbankan yang berfungsi dengan sewajarnya.
Beliau berkata, OIC turut sepakat melantik utusan khas ke Afghanistan bagi menyelaras usaha bantuan selain membolehkan kerjasama terjalin antara pertubuhan itu dan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi menyalurkan sumbangan kepada Afghanistan.
– BHarian