Segerombolan peneroka haram Yahudi mencemari perkarangan Masjid Al-Aqsa pada pagi ahad dibawah pengawasan ketat oleh polis rejim zionis Israel. Warga Jerusalem berkata peneroka menceroboh masuk ke dalam kawasan suci umat Islam melalui pintu Maghera dan mencemari perkarangan Masjid dengan upacara keagamaan Yahudi.
Pencerobohan oleh polis rejim zionis meletakkan kekangan ke atas warga Palestin di kawasan tanah suci terutama di pintu masuk el-Amud dan memeriksa kad pengenalan mereka.