Seorang pendatang Yahudi yang memandu laju cuba melanggar seorang pemuda Palestin dan bapanya dekat sekatan jalan Hawara selatan kota Nablus pada petang Jumaat.
Sumber tempatan menyatakan pendatang itu merempuh keretanya pada gerai warga Palestin dan memusnahkah ia sepenuhnya. Manakala para penjual berjaya melarikan diri dengan selamat.
Sekatan jalan tentera rejim zionis memang diketahui ramai kerana penganiayaan yang dilakukan terhadap warga Palestin yang cuba melaluinya.