Kumpulan yang menyeru boikot terhadap pendudukan Israel menuntut agar para doktor dan persatuan pekerja Arab memboikot persidangan perubatan yang akan dihoskan Emirat Arab Bersatu (UAE) bulan depan, setelah dipastikan bahawa syarikat-syarikat Israel terlibat turutserta.
Kumpulan tersebut dan sejumlah aktivis media sosial turut menyeru untuk memboikot persidangan Gigi Antarabangsa “EDIC”, yang akan diadakan di Dubai bermula 1 Februari depan yang akan berlangsung selama tiga hari dengan tanda pagar #normalisasi_adalah_pengkhianatan.
“Koalisi Teluk Melawan Normalisasi” menuntut, melalui Twitternya, syarikat dan badan negara-negara Teluk yang terlibat untuk menarik diri dari menyertai pameran setelah mengesahkan penglibatan badan pemerintah Israel iaitu Institut Eksport Israel.
Mereka memberi alasan untuk memboikot pameran perubatan kerana akan mempromosikan industri Israel di pelbagai bidang.
Di sisi lain, BDS (gerakan boikot Israel anatabangsa) menganggap bahawa persidangan EDIC antarabangsa merugikan dan melukai etika profesion perubatan, dengan melegitimasi regim kolonial rasis di bawah nama perubatan.