Laporan IQNA, memetik Alwafd; Badan Pemerhati itu menghargai keputusan kerajaan Kanada untuk meraikan ulang tahun kelima mangsa serangan pengganas pada 29 Januari 2017 di Masjid raya Quebec.
Serangan pada masa itu memati syahidkan enam orang dan mencederakan berpuluh-puluh jemaah.
Pada ulang tahun serangan itu, Perdana Menteri Kanada mengecam tindakan anti-Islam di Kanada dan mengumumkan keputusan Kerajaan Kanada untuk menetapkan 29 Januari sebagai Hari Kebangsaan untuk Memerangi Islamofobia.
Badan Pemerhati Al-Azhar memuji usaha kerajaan Kanada untuk mengekang permusuhan terhadap Islam dan umat Islam, dengan menggelar permusuhan itu sebagai satu bentuk perkauman dan diskriminasi serta faktor ekstremisme dan keganasan.
Dan Menekankan keperluan negara Barat lain mengikuti tindakan kerajaan Kanada untuk menentang fenomena Islamofobia, badan pemerhati itu berkata: “Fenomena ini memberi kesan negatif kepada perpaduan masyarakat dan boleh membawa kepada keruntuhan nya.”