Seramai empat orang rakyat Palestin cedera selepas tentera rejim Zionis menyekat perhimpunan aman di pintu masuk ke kampung Luban e-Sharkiya, di selatan Nablus, Tebing Barat yang diduduki.
Menurut Datuk Bandar, Yaaqoub Eweis tentera menyerang puluhan peserta demonstrasi menentang serangan harian peneroka dan askar Israel ke atas pelajar kampung itu serta sekatan yang dikenakan terhadap akses ke sekolah.
Katanya, empat daripada peserta perhimpunan cedera akibat serangan Israel, manakala ramai lagi sesak nafas selepas tentera rejim Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
Akses pelajar Palestin ke sekolah di kampung itu menjadi perjalanan harian yang sukar akibat serangan peneroka dan tentera Israel.