Delegasi Russia tiba di bandar Gomel di Belarus untuk mengadakan rundingan damai dengan Ukraine, kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
Delegasi itu termasuk wakil pentadbiran presiden, kementerian luar dan pertahanan, kata Peskov kepada pemberita di Moscow.
“Selaras dengan persetujuan yang dicapai, delegasi Russia terdiri wakil Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan jabatan lain, termasuk pentadbiran presiden, tiba di Belarus untuk berunding dengan rakyat Ukraine.
“Kami akan bersedia untuk memulakan rundingan ini di Gomel,” katanya.
Sementara itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata beliau akan bersetuju untuk mengadakan rundingan di Belarus jika negara itu “tidak terlibat dengan pertelingkahan itu.”
Zelenskyy berkata rundingan itu juga boleh diadakan di tempat lain seperti di Warsaw, Budapest, Istanbul, atau Baku.
– Bernama