Pengawal penjara Israel tanpa belas kasihan menyerang dan membelasah seorang tahanan Palestin yang menghidap penyakit kronik.
Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata, tahanan bernama Khalil Musa Musbah ditahan di penjara Israel di Megiddo.
Menurut kumpulan pembela tahanan yang berpangkalan di Ramallah itu, Khalil mengalami masalah kesihatan kronik dalam perut, usus dan saluran darah.
Dia dipenjarakan sejak tahun 2003 dan sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun.
“Khalil telah dipindahkan ke penjara Israel di Asqalan selepas penahanan itu,” katanya.
PPS menganggap pihak berkuasa pendudukan Israel bertanggungjawab terhadap sebarang kemerosotan kesihatan Khalil.
Ia juga menggesa semua pertubuhan hak asasi manusia yang berkenaan, khususnya Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) campur tangan bagi memastikan keselamatannya.
Dilaporkan, lebih 4,500 banduan politik Palestin dalam tahanan Israel yang dipenjarakan kerana aktivisme mereka dalam penentangan pendudukan negara pengganas itu di tanah air mereka.