Tentera rejim melakukan serangan di kawasan sempadan utara Semenanjung Gaza pada pagi Isnin.
Menurut sumber tempatan, lapan jentolak berperisai yang diiringi dua kereta kebal Merkava bergerak dari pos tentera ke kawasan sempadan di timur bandar Beit Hanoun.
Kenderaan berat itu mula meratakan dan menggali tanah pertanian yang terletak beberapa meter dari pagar sempadan.