Turki menyeru agar sentimen anti-Islam di negara-negara Barat, khususnya di Eropah yang kini berterusan menular seperti wabak agar segera dihapuskan dengan kebangkitan perjuangan perlu dilakukan di peringkat antarabangsa.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam mesej video di Forum Media Antarabangsa dan Islamofobia ke-2 di Ankara pada Selasa (15 Mac) berkata bahawa kebencian anti-Muslim telah ‘meracuni semua segmen masyarakat di negara-negara Barat, daripada orang ramai di jalanan kepada ahli politik, pekerja, dan penjawat awam.
“Suasana kebencian yang dipromosikan oleh pihak media (Barat) yang tidak telah bertanggungjawab memberi kesan negatif kepada umat Islam serta berjuta-juta individu yang berbeza bahasa, agama, asal usul dan budaya dengan mereka,” tegasnya.
Menurutnya, perdebatan memalukan dalam konteks krisis Ukraine mendedahkan dimensi berbahaya Islamofobia dan perkauman budaya susulan pelarian kulit putih Ukraine yang mendapat layanan berbeza berbanding pelarian bukan kulit putih.
Erdogan sehubungan itu mengecam diskriminasi yang kini terbongkar di seluruh dunia, dan menegaskan bahawa sentimen anti-Muslim bukan sahaja menjadi isu bagi umat Islam, tetapi ia juga perlu untuk semua bangsa dan agama lain di peringkat global.
“Jika (perubahan terhadap wabak Islamofobia itu) tidak dilakukan, kita tidak akan boleh menghalang serangan Islamofobia seumpama (yang berlaku di) New Zealand pada 2019 dan di Kanada pada 2021,” katanya.
Beliau menekankan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bagi umat Islam dan institusinya di seluruh dunia untuk bersama-sama ahli-ahli politik, media dan institusi Barat, mengubah senario berbahaya itu.
“Umat Islam mesti bertindak balas dengan kental, mencari hak mereka atas alasan yang sah, dan memerangi ketidakadilan, pelanggaran undang-undang dan diskriminasi ini, yang menyasarkan ratusan juta individu lain bersama mereka,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Turki, Fahrettin Altun berkata, pada ketika ini, islamophobia bukan masalah yang dihadapi umat Islam dengan masyarakat Barat sahaja.
“Sebagai sebahagian daripada isu perkauman, islamofobia sudah menjadi masalah global\
“Kita melihat isu Islamofobia juga tersebar dalam kehidupan sosial dan kita lihat di negara-negara tertentu. Wanita itu dilarang menceburi bidang pendidikan kerana pakaian dan tudung mereka,” tegas Altun.
Menurutnya, Islamophobia bukan masalah yang boleh diperjuangkan oleh Turki secara bersendirian.
“Kami memerlukan perjuangan di peringkat antarabangsa dan pelbagai dimensi menentang Islamofobia.
“Perjuangan ini semestinya bermula dari Eropah dan disebarkan ke seluruh dunia. Memandangkan Islamofobia semakin diinstitusikan di Eropah, perjuangan menentang Islamofobia harus diinstitusikan di Eropah juga,” tegasnya.