Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa negara haram Israel menghentikan ‘rompakan’ terhadap sumber air Palestin, lapor Agensi Anadolu.
Abbas berkata, masyarakat antarabangsa mesti mencari penyelesaian yang adil kepada isu air dihadapi oleh rakyat Palestin.
“Berapa lama dunia akan berdiam diri mengenai nasib dan kehidupan rakyat Palestin, kita yang menjadi tebusan oleh penjajah Israel melalui amalan perkauman dan kawalannya ke atas sumber kita serta hak kita yang sah?
“Pendudukan Israel mengawal sumber air di bawah dan di atas tanah.
“Malah, ketamakan penjajah di tanah dan air kita masih menjadi asas kepada semua perluasan penempatan haram,” katanya dalam ucapan sempena Hari Air Sedunia pada Selasa.
Setiap 22 Mac menandakan sambutan Hari Air Sedunia yang menekankan kepentingan air bersih.
Hari itu diangkat untuk menyokong pengurusan sumber air bersih yang mampan.