Seorang lelaki warga emas Palestin dipukul dengan teruk oleh sekumpulan pendatang haram Israel ketika sedang mengembala kambing biri-birinya di kampung Kafr al-Labad di wilayah Tebing Barat yang diduduki.
Menurut sumber tempatan, peneroka yang bersenjatakan senapang menyerang dan membelasah Mahmoud Hussein, 80, yang ketika itu sedang membawa ternakannya meragut rumput di dalam tanahnya sendiri – yang terletak di sekitar penempatan haram penjajah Israel di Einav.
Mahmoud yang mengalami patah tulang dan kecederaan di mata kirinya telah dipindahkan ke hospital berdekatan untuk rawatan.
Keganasan dan vandalisme oleh peneroka haram Israel adalah perkara biasa di Tebing Barat yang diduduki, malah perbuatan itu tidak pernah didakwa oleh pihak berkuasa pendudukan.
Lebih 600,000 warga Israel di penempatan haram Yahudi di seluruh Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat adalah melanggar undang-undang antarabangsa. – Agensi