Kesatuan Eropah (EU) mendakwa terkejut dengan tindakan tentera pendudukan Israel menembak mati seorang wanita Palestin berhampiran bandar Bethlehem yang diduduki.
Dalam satu kenyataan, EU berkata, pihaknya berasa ‘ngeri’ dengan tindakan Israel dan pada masa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
“Penggunaan kekerasan yang berlebihan terhadap orang awam yang tidak bersenjata adalah tidak boleh diterima,” tegas kesatuan itu sambil menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan berkenaan.
EU turut mendesak supaya pelaku dibawa ke muka pengadilan.
Ahad lalu, tentera pendudukan di pusat pemeriksaan berhampiran perkampungan Husan di barat Bethlehem menembak Ghada Ibrahim Sbatein dari jarak dekat.
Ibu kepada enam anak itu dilaporkan meninggal dunia akibat cedera parah
Rakyat Palestin telah melaporkan peningkatan keganasan oleh peneroka haram Israel dan pegawai keselamatan di Tebing Barat. – Agensi