Minggu lepas, seorang pensyarah UKM menghubungi saya dan maklumkan kewujudan jualan arak di kedai ini. Semua pekerjanya Muslim, dan ia baru sebulan beroperasi.
Tidak menunggu lama, hari ini saya dan pasukan hadir ke premis ini untuk menyerahkan surat bantahan.
Saya harap usaha ini dapat menyediakan persekitaran yang selamat dan sejahtera untuk mereka yang berkhidmat di sini.
Sempena usaha ini, saya ingin kongsi sebuah success story. Ada sebuah kedai serbaneka di Selangor yang menjual arak.
Pengurus cawangannya tak suka, tapi tak tahu bagaimana nak lenyapkan arak di premisnya.
Lalu, dia berjumpa dengan persatuan penduduk. Persatuan penduduk setuju, dan mereka menghantar petisyen bantahan atas nama persatuan kepada pengurus tersebut.
Pengurus menghantar petisyen itu kepada HQ, lalu arak terus dikeluarkan dari rak jualan.
Lihatlah betapa pentingnya peranan komuniti dalam membantah jualan arak ini. Saya sarankan semua persatuan penduduk lakukan perkara yang sama.
Ayuh selamatkan anak muda kita dari pengendalian arak. Jika premis itu ada arak, pekerjanya berisiko terlibat dengan jualan arak, pengendalian arak, pengiraan stok arak, dan yang paling teruk, mengejar orang yang cuba mencuri arak!
Arak adalah bahaya besar. Ia membunuh 133 orang setahun di jalan raya (rujuk statistik MIROS), selain menyebabkan keganasan rumah tangga dan penyakit sirosis.
Umat yang menjunjung nilai kemanusiaan tinggi akan merasa jijik jika komunitinya ada arak.
Jom semak kedai serbaneka di sekitar kita. Jika anda berjaya lenyapkan arak di kedai serbaneka, ia adalah hadiah dari komuniti untuk komuniti.
BILAL JAILANI
Yang Dipertua ISMA Bangi