Tiga rakyat Palestin cedera akibat ditembak peneroka haram Israel di luar bandar Surif, di Hebron selatan Tebing Barat semalam, menurut sumber tempatan.
Saksi memberitahu bahawa sekumpulan peneroka haram Israel bersenjatakan senapang melepaskan tembakan ke arah petani Palestin yang bekerja di tanah mereka sendiri sehingga mencederakan tiga daripadanya.
Ketiga-tiga mereka dikejarkan ke hospital di bandar Hebron berdekatan untuk rawatan, namun keadaan dilaporkan cedera ringan dan sederhana.
Pasukan tentera penjajah Israel bertempur dengan orang awam Palestin yang marah selepas serangan tembakan dan kes sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata dilaporkan.
Perbuatan keganasan dan vandalisme peneroka Israel adalah perkara biasa di seluruh Tebing Barat yang diduduki, malah tidak pernah didakwa oleh pihak berkuasa pendudukan.
Antara 500,000 dan 600,000 warga Israel tinggal di penempatan haram Yahudi di seluruh wilayah Palestin, yang jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. – Agensi